Wednesday, March 4, 2009
40 orang terkaya di Malaysia 2008
1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok Group
2. T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp
11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
20. Datuk Mokhzani Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group
23. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp
Azali Azlan Pelajar Cemerlang SPM 2007
Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.
Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).
Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.
“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.
“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.
Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.
Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.
‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.
Gadis Kecil - Usman Awang
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi
Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
Saturday, February 28, 2009
Logam Antimoni
Logam Antimoni (Sb) oksida telah dikenali sebagai komponen aktif di dalam mangkin yang digunakan untuk tindak balas pengammoniaan propana bagi penghasilan akrilonitril (ACN). Dalam penyelidikan ini, kesan penambahan logam dopan seperti V dan/atau Ti ke atas sifat fizik dan kimia mangkin oksida campuran logam Antimoni dikaji dengan menggunakan keadah ‘slurry’. Precursor mangkin dikeringkan di dalam oven sebelum melalui proses pengkalsinan di dalam udara pada suhu di antara 350-600 oC dengan jumlah keseluruhan tempoh pengkalsinan selama 10 jam. Fasa aktif campuran mangkin Sb dicirikan menggunakan teknik Pembelauan Sinar-X (XRD) di samping jumlah luas permukaan mangkin ditentukan melalui teknik Penjerapan Fizik (BET) dengan menggunakan gas nitrogen. Aktiviti mangkin diuji menggunakan reaktor padatan bendalir yang disambung terus kepada kromatografi gas (GC) dengan nisbah kadar suapan iaitu 5.8:7:17.4 (%v)bagi propana, ammonia dan oksigen. Hasil analisis menunjukkan penambahan logam dopan V dan/atau Ti kepada logam Sb menunjukkan kesan kimia pada mangkin oksida campuran logam Antimoni, seterusnya menunjukkan perubahan dalam pengaktifan mangkin.
Sajak “Aku Boleh”
Jika takut yang ada fikirkan,takutlah
Jika menang yang anda fikirkan,tapi fikirlah sebaliknya
Hampir pasti kecundang akhirnya.
Jika gagal yang anda fikirkan,gagalah,
Kerana sudah ternyata lumarah dunia
Kejayaan berpunca daripada semangat seseorang
Jika gagal berpunca di dalam minda
Jika tidak setanding anda fikirkan,beranilah
Anda perlu berjiwa tinggi untuk berjaya
Yakinlah diri anda,itulah syaratnya
Sebelum kejayaan digondoli.
Pertarungan hidup tidak semestinya milik
Orang yang terkuat atau terpantas,
Lamabt laun yang menang pastinya,
Dia yang berfikir ”Aku Boleh”.
Negaraku Tercinta
Tumpahnya darahku,
Tumpat kumenuju,
Kejayaan.
Negaraku...dengan titik peluh
Rakyat melaysia
Negaraku semakin maju dan terus maju
Negaraku tercinta
Aku bangga menjadi rakyatmu
Aku bangga sebagai rakyat malaysia
51 tahun kemerdekaan
Rakyat malaysia semkain maju
Mempertahankan keamanan negara
Kerana aku anak malaysia
Buaya
Terdapat 13 spesis buaya yang terdapat di dunia.Buaya Nil di sungai tropika ,Afrika merupakan bauya yang terbesar sekali di dunia.Panjang buaya Nil ialah 6meter dan mempunyai berat sehingga 1000kg.Mangsa bagi buaya Nil ialah Kuda belang,ikan,gazel dan singa.
Ia menarik magsa kedalam air dan melemaskannya sehingga mati.Terdapat juga buaya yang membunuh mangsa dengan cara membelitnya sehingga mati.Buaya juga mempunyai sistem pencernaan yang amat kuat dan menelan batu kerana bagi membantu mengisar makanan di dalam perut.
Selapas buaya mengawan,buaya betina akan betelur sehingga 100 biji dalam satu masa.Ibu buaya akan menjaga telur sehingga 6-14 minggu.
Anak buaya akan menetas.Anak buaya mempunyai panjang 30 sentimeter.Anak buaya yang baru menetas dari telur dapat beranang dan mencari makanan.Anak buaya akan berada di sekeliling ibu buaya atau di dalam mulut ibunya untuk mendapatkan perlindungan yang sempurna.
Segi Tiga Bermuda
Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke
Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah
terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh
hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi
ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah
istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan
misteri.
Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda
tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling
tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort
Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang
ada di Bermuda Triangle?
Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan
arah ke utara. Anda dikira ‘hilang’ . Satu lagi tempat dikenali
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki
keanehan serupa.
Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000
kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris
kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka
berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja,
seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda
menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia
tiba-
tiba ghaib!
Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah
seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang
bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian
dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat
sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang
paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda
Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan
antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini
adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari
Amerika Utara.
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara-
perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan
antara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi di
situ.
Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari
Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari
Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan
jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku
ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata
mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua
jawapan untuk semua persoalan.
Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan
melihat.
ISS (International Space System) atau Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
ISS atau dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa merupakan satu satunya tempat kediaman angkasawan di luar bumi.Ianya terletak dalam orbit rendah bumi dan berukuran 300Km dari permukaan bumi.
Ianya telah dilancarkan pada 20 november 1998 mengelingi bumi pada setiap 92 minit dengan kelajuan 27 744 km per jam sehari.Pembinaan ISS telah ditanggunag oleh beberapa negara utama.Antaranya ialah China,Jepun,Rusia,Kanada,Eropah dan Amerika Syarikat.ISS boleh menampun 3 orang angkawan pada satu masa.ISS penting bagi penyelidikan dan uji kaji tentang angaksa lepas.ISS sekarang sedang dipertingkatkan dan dijangkan akan siap pada 2010.
Friday, February 27, 2009
Mahluk Asing Di Marikh
IMEJ MAKHLUK: Inilah objek menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa), akhir tahun lalu dan didakwa sebagai makhluk asing.Gambar Nasa cetus teori hidupan di planet
LONDON: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) dikatakan bingung dan tergamam dengan imej makhluk menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau di planet Marikh.
Media tempatan melaporkan, imej makhluk dengan susuk tubuhnya jelas, dengan salah satu tangannya diletakkan di atas lutut, sedang duduk di atas batu sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet Merah berkenaan.
Ia dikatakan dirakam salah satu daripada dua robot peninjau Spirit Nasa pada akhir tahun lalu. Nasa sememangnya mempunyai misi Planet Marikh yang beroperasi di planet berkenaan sejak empat tahun lalu.
Penemuan imej berkenaan bukan setakat mencetuskan tanda tanya, tetapi menimbulkan rasa teruja peminat astronomi dan Marikh khususnya yang berminat mengetahui misteri di sebalik planet berkenaan serta kemungkinan benar teori mendakwa wujudnya hidupan di situ.
Berita penemuan imej misteri itu turut menjadi topik utama perbincangan di internet yang kini mendakwa kemungkinan Marikh mempunyai hidupannya tersendiri.
Namun tidak kurang yang menganggap ia cuma satu ilusi optikal yang dipantulkan bentuk muka bumi planet itu.
Pemeriksaan awal Nasa tidak menunjukkan sebarang objek aneh, tetapi penelitian secara terperinci oleh pakar astronomi amatur mencetuskan kehadiran makhluk serba hijau itu.
“Gambar ini amat mengagumkan. Saya tidak mempercayainya apabila melihat kelibat seorang lelaki bogel di Marikh,” kata salah seorang peminat astronomi dalam komen di laman web akhbar Times.
Selain Spirit, satu lagi robot kembar peninjau adalah Opportunity yang mendarat di Marikh pada 2004 untuk merakam imej permukaan Marikh.
Misi penerokaan Nasa ke Marikh itu bernilai kira-kira AS$820 juta (RM2.7 b). Pada awal misinya, kedua-dua robot itu ditugaskan mencari kawah Gusev Crater yang saintis percaya boleh menjadi bukti bekas tasik lama yang sudah kering.
Ini mengukuhkan lagi andaian saintis yang mendakwa bukti kewujudan air sebagai petunjuk kemungkinan adanya hidupan di planet berkenaan. Agensi
FAKTA: Planet Marikh
* Jarak dari bumi 78.3 juta kilometer. * 95 peratus kandungannya karbon dioksida, nitrogen (3 peratus), argon (1.6 peratus) dan gas lain. * Memiliki kutub air beku dan karbon dioksida, manakala kawasan lain adalah gurun di utara. * Mempunyai Gunung Olympus gunung berapi tidak aktif.
Life Sized Dinosour To Roam Lake Titiwangsa
MST AD SURIA, the world-class events experts behind the Eye on Malaysia invites Malaysians to enjoy a plethora of eye-popping Merdeka Specials at the Eye on Malaysia.
KUALA LUMPUR, 2 August 2007 (Thursday): In conjunction with Malaysia’s Golden Jubilee celebrations, MST AD SURIA, the homegrown world-class events specialist, is proud to launch several new attractions at the Eye on Malaysia today. The highlights include the Arena Vision light show, Southern Hemisphere dinosaurs, an inflatable prehistoric garden of plants and insects, and the quirky Waterheads.
Pn Widyanty Yusope, Executive Director of MST AD SURIA, said: “We at MST AD SURIA are delighted to host these fantastic Merdeka Specials at the Eye on Malaysia. These colourful and dynamic activities, staged against the striking backdrop of the Eye on Malaysia, guarantee that this will be a unique interactive and visual experience that is not to be missed.”
Pn Widyanty is echoed by Scott Wright, the Managing Director of The Erth – the company behind the dinosaurs, prehistoric garden and Waterheads – who said: “When we teamed up with MST AD SURIA to bring these unique performances to the Eye on Malaysia, we had one single aim – to present a world-class show to visitors and tourists as our part in making Malaysia’s Golden 50 year milestone of Nationhood and Independence a truly memorable experience.”
Joining MST AD SURIA and the media at the launch are 400 orphans and disabled children from selected care homes. Pn Widyanty said: “As part of our Corporate Social Responsibility programme, we are pleased to work with 12 associations including Soroptimist International Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Kasih, Persatuan Sindrom Down Malaysia, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Rumah Titiwangsa, Persatuan Rumah Kebajikan Rita, Rumah Hope, Autism, Dyslexia, and Disabled Kajang to have these special guests with us today to help us celebrate the debut of these Merdeka Specials. We fully intend for them to have a wonderful time as the first Malaysians to enjoy these treats.”
According to Pn Widyanty, the staging of these Merdeka Specials is also part of MST AD SURIA’s commitment to the transfer of skills and technologies from foreign experts to Malaysian talent. She said: “MST AD SURIA’s staff are excited to have the opportunity to work with and learn from Mr Lethlean and Mr Wright who are both world-class experts in their respective fields. We are looking forward to this boost in our knowledge and skills which we will be able to apply to similar projects in the future.”
The centerpiece of the Merdeka Specials is Arena Vision – the brainchild of MST AD SURIA and lighting specialist, Philip Lethlean. Mr Lethlean said: “Arena Vision is custom-designed to spectacularly illuminate the Eye on Malaysia in a rainbow of colours, making the night-time rides even more breathtaking.” The Arena Vision light show will be available nightly between 1 August 2007 and 31 December 2007. This visual feast will complement the popular Theatre of the Waters show.
For daytime visitors, there will be a series of limited edition interactive performances which will take place daily between 3 August 2007 and 9 September 2007. The main attraction is a team of five Southern Hemisphere dinosaurs consisting of a dwarf Allosaur, a Dienonycus (a kind of small Raptor), an Ozraptor, a small Ankylosaur and a Dryosaur which will roam freely around the Eye, interacting with children and the young-at-heart.
Accompanying these awesome dinosaurs is an inflatable ancient garden of plants with insects walking about on giant stilts. The dinosaurs, plants and insects are drawn from the story of prehistoric life in the Southern Hemisphere. In between the dinosaurs’ performances, the Waterheads – real people with their heads completely submerged in fish tanks – will take the limelight. They will mingle with the crowd and wow one and all with their amazing ability to hold their breath.
Pn Widyanty said: “We at MST AD SURIA are confident that Malaysians and tourists both young and old will enjoy these performances and we are proud to do our part to make Malaysia’s Golden Jubilee of Independence celebrations the best Merdeka celebrations ever.”
Galaksi
Galaksi
------------------------------------------------------
Galaksi kita sungguh luas tetapi di luar galaksi kita terletak alam semesta yang lebih luas sehinggakan sukar bagi kita membayangkan keluasannya. Di ruang ini terserak berjuta-juta galaksi lain, separuh serupa dengan sistem Bima Sakti dan yang lainnya sungguh berlainan. Sepertimana Matahari adalah adalah hanya satu di antara jutaan bintang biasa, galaksi kita hanya satu daripada ahli keluarga alam semesta yang terdiri daripada jutaan galaksi.
Penemuan Pulau-Pulau Bintang
Enam puluh tahun dahulu pakar astronomi tidak dapat memastikan sama ada galaksi-galaksi di luar galaksi bima sakti wujud.
Apabila teleskop mula-mula digunakan pakar astronomi telah menjumpai banyak tompok-tompok di langit yang kelihatan samar-samar. Tompok-tompok ini dengan mudah dapat dibezakan daripada bintang dan mereka yang kelihatan serupa dan sepadan telah dikelaskan sebagai nebula. kebanyakkan pakar astronomi mempercayai pada masa itu bahawa nebula-nebula itu terletak di kawasan Bima Sakti.
Dengan pembaikan teleskop data yang lebih terperinci telah diperoleh dan didapati bahaw sebahagian daripada nebula-nebula mengandungi bintang individu. Bentuk lingkaran telah juga diperhatikan dan nebula ini dinamakan nebula lingkaran. Walau bagaimanapun masih tidak terdapat sebarang bukti nebula-nebula gas atau lingkaran ini terletak diluar Bima Sakti dan mereka terus dikelaskan sebagai nebula .
Perdebata dan pertengkaran berterusan sehingga tahun 1924.Pada tahun itu, pakar astronomi Edwin Hubble telah menjumpai beberapa bintang khas yang terletak di salah satu nebula . Daripada ciri-ciri bintang khas ini Hubble telah berjaya membuat kesimpulan bahawa bintang serta nebula tersebut berada jauh di luar kawasan Bima Sakti . Selepas itu banyak cara-cara lain telah digunakan untuk mengukur jarak galaksi dan kajian ini membawa kesedaran bahawa alam semesta jauh lebih luas daripada apa yang dibayangkan.
Jenis galaksi
Galaksi wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. :Kebanyakan berbentuk lingkaran, seperti bima sakti, atau elips dan sebahagian kecil berbentuk tidak sekata.Galaksi tidak sekata kelihatan mempunyai cirri-ciri yang menunjukkan bahawa mereka telah diganggu.
Bilangan bintang dalam sebuah galaksi adalah beberapa ratus juta untuk untuk galaksi kecil atau beberapa ribu juta bagi galaksi raksasa.Bimasakti adalah sebuah galaksi yang agak besar berdasarkan saiz dan bilangan bintangnya.
Pada suatu masa dahulu, galaksi berbunruk elips diangkakan perlahan-lahan meleper dan menghasilkan lengan-lengan lingkarandan galaksi elips adalah dua jenis galaksi berlainan, dibentuk dengan cara berlainan dalam keadaan berlainan dan suatu jenis tidak dapat berevolusi menjadi jenis yang lain.
Selain daripada bintang, galaksi lingkaran mengandungi gas dan debu. Apabila sebuah galaksi lingkaran dilihat dari sisi, awan awan debu yang padat dapat dilihat di lengan lingkaran. Galaksi elips tidak mempunyai banyak gas. Ini dipercayai kerana kebanyakan gas atau debu telah menjadi bintang atau ditiup keluar apabila galaksi ini pertama dibentuk beribu juta tahun yang lalu. Galaksi kecil jenis elips adalah jenis yang paling banyak terdapat di alam semesta dan saiz mereka amnya besar sedikit daripada kluster-kluster globul yang wujud di pinggir Bima Sakti.
Galaksi yang paling dekat dengan kita ialah tiga galaksi kecil yang dinamakan awan awan Magellan Besar, Kecil dan Mini, sempena pengembara Ferdinand Magellan.Awan Magellan Mini telah dijumpai pada tahun 1984. Sebelum ini, pakar astronomi telah menyangkakan bahawa Awan Magellan Kecil terdiri drpd dua bahagian.
Pengukuran semasa menunjukkan bahawa ia adalah dua galaksi berasingan.
Galaksi besar berlingkar yang berada di buruj Andromeda (Gambar 5) adalah lebih serupa dengan galaksi Bima Sakti. Ia terletak antara dua juta tahun cahaya daripada kita dan merupakan objek yang paling jauh yang dapat dilihat oleh mata kasar. Bayangkan bahawa cahaya yang dilihat datang dari galaksi Andromeda pada malam ini telah bertolak dari galaksi tersebut dua juta tahun yang lalu. Apa yang kita lihat ialah Andromeda dalam sejarahnya dua juta tahun yang lalu dan apa yang berlaku pada saat ini di galaksi tersebut tidak kita tahui melainkan kita berada disitu.
Sekiranya kita cuba menghantar isyarat radio pada makhluk-makhluk di galaksi lain isyarat ini akan mengambil masa beribu juta tahun untuk sampai ke sana dan beribu juta tahun pula akan berlalu sebelum kita mendapatkan balasan daripada makhluk makhluk disitu. Komunikasi antara galaksi nampaknya agak sulit sekiranya kita ingin jawapan yang segera.
Info Minda Pada Diri
Timbalah ilmu sebanyak mungkin.Ilmu manusia bak setitik air di lautan.Betapa luasnya ilmu.Harus dipelajari dan dikaji agar tidak terlupa.Blog saya mengajak anda untuk belajar.Sejauh mana pengetahuan anda? Adakah anda dapat mempelajari kesemua ilmu yang ada? Jawapannya ada pada diri anda.
Mari kita pelajari satu persatu ilmu pengatahuan.Belajar sesuatu yang baru amat menyeronokkan.Kongsilah dengan keluarga dan sahabat anda.